Selasa, 6 April 2010

Pelumba basikal kebangsaan mati jatuh semasa latihan

IPOH 6 April — Pelumba basikal wanita kebangsaan Nurfarahdini Zakaria, 27, terbunuh selepas terjatuh semasa menjalani latihan bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, 60 kilometer dari sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata Nurfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dua jam selepas kejadian pada 10.20 pagi tadi.

Nurfarahdini, yang juga anggota TLDM adalah anggota pasukan lumba basikal wanita kebangsaan yang menyertai Sukan Sea di Laos tahun lepas bersama Masziyaton Mohd Radzi, Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Kimberley Yap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.