Khamis, 20 Mei 2010
Komputer riba ganggu tidur
CALIFORNIA - Pengguna komputer riba atau iPad perlu mematikan alat elektronik itu sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur untuk memastikan mereka mendapat tidur yang baik.
Penyelidik di Amerika berkata, cahaya biru daripada barangan elektronik seperti iPad mengelirukan pemikiran manusia kerana otak dan corak tidur terganggu oleh alat yang mengeluarkan cahaya terang.
“Penggunaan komputer riba atau iPad pada waktu malam akan merangsang otak menjadi lebih aktif,” kata profesor neurologi Universiti Northwestern, Phyllis Zee.
Saintis juga mencadangkan pengguna komputer membaca buku sebelum tidur.


patutla aku susah tido...
BalasPadam