Rabu, 29 September 2010

VIideo:Wanita direjam kerana berzina


ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.

Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.

Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.

Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.

Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.

Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

2 ulasan:

  1. Bolehke pompuan berzina sorang2? Mana jantannya? Kalau pompuan tu pelacur, tentu ade banyak jantan yang melanggannya. Mengape pompuan je yang dihukum?

    BalasPadam
  2. mungkin dia mengaku dan bersumpah dengan mejunjung quran seperti sepul sepatutnya sepul juga wajib dijatuhkan hukuman sebat kerana sabit kesalahan didepan saksi dengan menjunjung quran dan bersumpah dengan nama ALLAH .seperti mana saorang perempuan yg berzina telah mengaku didepan rasullah ahirnya dia dijatuhkan hukuman .

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.