Sabtu, 2 Oktober 2010

Anak Sosilawati mula guna khidmat pengawal peribadi

SHAH ALAM - Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dilihat menggunakan khidmat pengiring peribadi selepas insiden kematian tragis yang menimpa ibunya 30 Ogos lalu.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, yang ditemui dalam majlis rumah terbuka pengasas kosmetik De Wajah, Junaidah Kiting di sini kelmarin, masih kelihatan sugul dengan kematian ibunya itu dan cuba melayani beberapa rakan karib ibunya.

Kehadirannya kira-kira jam 9 malam itu agak mengejutkan hadirin yang sedang menikmati jamuan disediakan.

Beliau, yang nama ringkasnya Rita, memakai kebaya biru dan tudung putih itu, sempat melemparkan senyuman kepada beberapa tetamu yang berada dalam majlis itu.

1 ulasan:

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.