Isnin, 27 Disember 2010

Beckham perlu berdepan pelacur

LONDON: Bintang bola sepak England, David Beckham yang dituduh meniduri pelacur, akan berdepan wanita itu di mahkamah Amerika Syarikat, beberapa minggu lagi.
Beckham sepatutnya memberi keterangan rasmi kes sebelum Krismas, tetapi peguamnya meminta penangguhan bagi membenarkan Beckham meraikan perayaan itu bersama isteri dan anaknya.
Beckham, 35 mengambil tindakan undang-undang bernilai £16 juta (RM83 juta) terhadap Irma Nici, 25, (atas) dan majalah Amerika milik warga Jerman, Touch, selepas Nici menuduh pemain bola sepak itu melangganinya dan seorang lagi wanita seksi berambut hitam di Hotel Le Parker Meridien, New York, pada 2007.

Nici yang dilahirkan di Bosnia, menyaman semula bekas bintang England itu AS$1 juta (RM3.5 juta) atas sebab Beckham menjadi punca dia mengalami masalah emosi dan fizikal.

Dia mendakwa, pasukan guaman yang mewakili Beckham mengugutnya kerana menyaman balas menyebabkannya terlantar di unit jantung sebuah hospital selepas mengalami sakit dada akibat terlalu takut.

Oleh kerana tindakan Nici menyaman balas, Beckham perlu memberi keterangannya pada satu sesi tertutup dalam tempoh sebulan.
Berbeza dengan sistem perundangan Britain, Nici dibenarkan menyoal Beckham mengenai dakwaannya bahawa mereka melakukan hubungan seks.

Peguam bela Nici, Paul Jensen, mendedahkan dia akan membawa wanita terbabit yang juga akan dibenarkan menyoal Beckham, lapor sebuah akhbar Britain baru-baru ini.

Peguam Nici turut mengemukakan usul supaya mahkamah menolak kes Beckham terhadap wanita berambut hitam itu yang akan dibicarakan di mahkamah tinggi Los Angeles pada 16 Februari depan. – Agensi
Berita harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.