KUALA KUBU BARU: Seorang pengajar yoga berusia 54 tahun ditahan kerana didakwa menahan tiga gadis di rumahnya selama kira-kira sebulan sebagai hamba seks.
Lelaki tersebut ditahan selepas polis membuat serbuan pada petang Rabu, untuk menyelamatkan dua mangsa yang berusia 16 tahun manakala seorang lagi berusia 20 tahun.
Difahamkan, suspek telah merogol mangsa berulang kali, selain didera secara seksual.
Ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan hilang sejak akhir November lalu juga dipercayai diikat dan dirantai pada katil di rumah berkenaan.
Suspek dikatakan telah menggoda mangsa untuk datang ke rumah tersebut sebelum dirogol.
Pasukan khas polis ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan selepas ibu bapa salah seorang mangsa, penoreh getah berusia 38 tahun membuat laporan polis pada 30 November lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah mengesahkan penahanan tersebut.
“Polis menjumpai dua paket dadah yang dipercayai syabu di rumah tersebut,” katanya.
Turut dijumpai ialah alat permainan seks.
Tun Hisan memberitahu, suspek dikhendaki oleh polis dan mempunyai rekod jenayah.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.