Selasa, 28 Disember 2010

Polis siasat wanita mati hidup semula

 Polis di Brazil menyiasat satu kes membabitkan wanita tua yang diisytiharkan mati tetapi didapati masih bernafas beberapa jam selepas diletak dalam keranda.

Wanita berusia 88 tahun itu meninggal dunia dua hari selepas kejadian berkenaan dan polis di negeri Minas Gerais ingin tahu sama ada penjagaan perubatan yang tidak teratur dan kegagalan mengenal pasti masalah yang dihidapinya menyebabkan kematian berkenaan.

Akhbar O Globo, yang memetik kenyataan akhbar pejabat Datuk Bandar Ipatinga, berkata doktor menyangka Maria das Dores da Conceicao mati petang Rabu lalu. Dia bangun semula selepas empat jam dal;am keranda dan dikejarkan ke hospital.
Datuk Bandar berkata wanita itu meninggal dunia Jumaat lalu. Ia tidak memberi sebab, tetapi berkata wanita terbabit mempunyai masalah darah tinggi. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.