Khamis, 30 Disember 2010

VIP dalang perdagang bayi

KUALA LUMPUR – Polis semalam mendedahkan siasatan terperinci pihaknya mendapati kebanyakan kes pemerdagangan orang terutamanya melibatkan penjualan bayi didalangi oleh individu berpengaruh dan berstatus tinggi.

Dalang kes tersebut merupakan golongan profesional dan ada yang bergelar Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin (gambar) berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpul bukti untuk membawa dalang terlibat ke muka pengadilan berdasarkan pada serbuan di beberapa buah klinik yang menjalankan aktiviti tersebut.

Katanya, golongan tersebut berperanan sebagai orang tengah untuk urusan jual beli di antara pelanggan dan pembekal. Mereka turut menggunakan kuasa dan pengaruh untuk mendapat keuntungan secara haram.

“Siasatan akan diperketatkan lagi terutama dari segi bahan bukti. Kita tidak pilih bangsa, agama atau dari golongan beruniform atau tidak.

“Kita tidak mahu siasatan yang terburu-buru sebaliknya mementingkan kualiti,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.