Selasa, 24 Mac 2015

TAHUKAH ANDA ? Jika ubat anda tidak digunakan anda boleh pulangkan semula ke farmasi hospital ?

Pada tahun 2010, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Pemulangan Ubat. Melalui program ini, pesakit boleh memulangkan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau berlebihan untuk dilupuskan dengan cara yang selamat.
Antara faktor yang menyumbang kepada ubat berlebihan dalam simpanan pesakit adalah seperti berikut:
  • Pertukaran regimen rawatan
  • Pemberhentian rawatan
  • Pesakit tidak komplian terhadap pengubatan
  • Pesakit meninggal dunia
  • Ubat diperolehi dari pelbagai sumber
Ubat-ubat yang tidak diperlukan lagi boleh dipulangkan melalui kaunter farmasi / kotak pemulangan ubat yang disediakan di semua fasiliti farmasi hospital dan klinik kesihatan KKM.SUMBER

1 ulasan:

  1. sebenarnya kita dilarang membuang ubat2an sembarangan. dikhuatiri pil2 dan cairan akan dimakan oleh kanak2 atau haiwan, burung dan ikan.

    digalakkan diberikan kpd pihak farmasi hospital samada yg dah lupus tarikh atau belum.

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.