Home » » DOKTOR JANDA TERPEDAYA:Pak Arab,Ugut sebar gamabr bogel jika tak bayar RM9,600

DOKTOR JANDA TERPEDAYA:Pak Arab,Ugut sebar gamabr bogel jika tak bayar RM9,600

Written By canang on Rabu, 7 Oktober 2009 | 10/07/2009 12:43:00 PTG


SHAH ALAM - Seorang doktor wanita berstatus janda tidak menyangka perkenalannya dengan seorang lelaki Arab menerusi Internet sejak tiga bulan lalu menjadikan hidupnya kini porak-peranda dan sentiasa dalam ketakutan.
Mana tidaknya, lelaki Arab terbabit dikatakan mengugut mangsa yang mempunyai dua anak untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada khalayak umum sekiranya wanita itu gagal membayar wang tunai RM9,600 seperti diminta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, kejadian bermula apabila suspek berumur 35 tahun datang ke rumah mangsa di USJ, Subang Jaya dekat sini pukul 10 malam, Ahad lalu untuk makan malam.

Menurutnya, suspek kemudian membancuh kopi untuk mangsa juga berumur 35 tahun dan dipercayai telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman tersebut menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Semasa kejadian, kedua-dua anaknya tiada di rumah.
"Ketika mangsa tidak sedarkan diri, lelaki Arab terbabit dipercayai merakam gambar bogel mangsa. Wanita ini hanya tersedar dan mendapati dirinya tanpa seurat benang berada di dalam sebuah bilik di rumah itu pada keesokan harinya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger