Home » » Ular Berkaki Dua

Ular Berkaki Dua

Written By canang on Khamis, 11 Februari 2010 | 2/11/2010 09:06:00 PG


Fakta sains menyebut, ular tidak berkaki tetapi di daerah ini, lain yang berlaku apabila seorang penduduk menjumpai ular
berkaki.

Ular sepanjang satu meter dan sebesar batang penyapu itu ditemui oleh
Jackly Madius Lamangki di Jalan Kampung Bangau di sini ketika dalam
perjalanan ke kebunnya.Bapa saudara Jackly, Richard Raymond memberitahu, akibat takut melihat
ular itu ‘berjalan’, anak saudaranya bertindak melanggar ular
tersebut.

”Dia membawa ular yang telah mati itu ke rumah dan menunjukkan kepada kami.

”Kami amat terkejut melihat kaki ular itu terletak di bahagian tengah badan,” katanya.

Dia menjelaskan, Jackly membawa bangkai haiwan tersebut pulang ke rumah untuk diawet.

Bagaimanapun, bangkai ular itu dibuang oleh ibu Jackly. ”Mujur, dia ada mengambil gambar ular tersebut bagi membuktikan kebenaran penemuan ular pelik ini,” katanya. Menurut Richard, ini merupakan kali pertama ular sedemikian rupa ditemui di daerah ini. -KeningauKini




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger