Home » » GERAK cadang Ahli Parlimen Lompat Parti Hilang Kelayakan, Jawatan

GERAK cadang Ahli Parlimen Lompat Parti Hilang Kelayakan, Jawatan

Written By canang on Selasa, 9 Mac 2010 | 3/09/2010 01:19:00 PTG


SHAH ALAM 9 MAC: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) hari ini mencadangkan Ahli Parlimen yang melompat parti, hilang kelayakan dan jawatan secara automatik sebagaimana amalan Parlimen India.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sama ada tindakan melompat parti itu didorong gejala rasuah atau suapan politik bernilai jutaan ringgit.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, mereka melihat gejala lompat parti
sebagai mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi terhadap amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.


GERAK juga menggesa SPRM memantau gejala lompat parti dan mengambil tindakan segera jika ada bukti, selain meminta mana-mana pihak yang memiliki maklumat mengenai amalan rasuah menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

GERAK juga menyeru supaya Ahli Parlimen di Malaysia supaya lebih berintegriti dan amanah terhadap tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin bermasalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) belot dan melompat parti sama ada mengaku sebagai wakil rakyat bebas atau menyertai Umno.

Antara mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger