Home » » Lelaki Sering abaikan mukadimah ketika bersama isteri(seks)

Lelaki Sering abaikan mukadimah ketika bersama isteri(seks)

Written By canang on Jumaat, 5 Mac 2010 | 3/05/2010 09:41:00 PTG


SECARA klinikal, ramai di kalangan lelaki negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.

Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat kepada satu posisi, walaupun telah mempunyai ramai anak.

Kebanyakan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak.

Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual ini terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang ramai anak tanpa mengira usia dan latarbelakang.

“Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama,” ujar Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Ismail.


Pakar Kesihatan Lelaki Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan itu turut menegaskan kedangkalan pengetahuan lelaki terhadap seks dan naluri wanita selain ego menyebabkan pasangan lelaki sering bersikap dominan semasa melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kepuasan pasangan masing-masing.

“Tindakan mereka mengabaikan kepentingan bermesra sebagai mukadimah sebelum meneruskan aksi seterusnya dikira sebagai kegagalan kerana tidak mengambil kira teknik hubungan seks sebenar,” ujarnya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, masih ramai lelaki yang beranggapan aspek kemesraan sewaktu bersama sebagai isu remeh, membebankan lantas ada yang menganggapnya tidak perlu.

Katanya, Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM mengesan terdapat sebahagian daripada lelaki tidak mempedulikan perasaan pasangan, asalkan diri sendiri mencapai kepuasan.

Menurut beliau, suami pula kerap menyalahkan isteri jika tidak lagi terangsang tetapi keupayaan mereka sebenarnya dilemahkan oleh pelbagai penyakit.“Tidak ramai lelaki yang bersedia bercerita masalah seksual mereka dan menjalani pemeriksaan kerana bersikap ego.

“Sebaliknya, mereka lebih gemar mencari jalan keluar dengan mengunakan ubat-ubatan kampung dan kaedah yang lebih membahayakan kesihatan,” ujarnya yang telah merawat lebih 100 pesakit yang menghidap pelbagai masalah berkaitan seksual.

“Bilangan anak dan teknik hubungan merupakan dua perkara berbeza,” jelasnya yang juga konsultan di Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM.

Ujarnya, hubungan seks bukan sekadar ‘masuk dan lepaskan’ sahaja dan kegagahan seseorang lelaki juga tidak diukur daripada faktor fizikal.

Ini kerana katanya, ramai lelaki yang nampak gagah serta mengaku mampu bertahan lama di ranjang tetapi sebenarnya tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada pasangannya seolah-olah beraksi seorang diri sahaja.

“Kebanyakan lelaki hanya mengetahui masalah ini semasa mendapatkan rawatan di KKL apabila dikesan secara tidak langsung ketika mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit lain selepas melakukan saringan darah.“Melalui saringan ini, kita boleh kesan pelbagai masalah seperti jantung, kolestrol dan hormon memberi kesan kepada kemampuan seks, penyakit mati pucuk, masalah saiz zakar serta testis.

“Sesetengahnya dikesan tidak mengetahui cara sebenar teknik seks berkesan walaupun telah mempunyai ramai anak,” ujarnya sambil memberitahu KKL ditubuhkan sejak Mac tahun lalu.

Katanya, pada sesi rawatan pesakit akan menceritakan masalah seks mereka yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini kerana menganggapnya sulit.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan, perlu mendaftar di Unit Rekod HUSM sebelum dirujukkan di Klinik Perubatan Keluarga untuk mendapatkan temujanji KKL yang diadakan pada setiap Khamis.

“KKL ditubuhkan di HUSM bertujuan untuk menarik pesakit lelaki yang dikendalikan sepenuhnya warga kerja lelaki,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger