Home » » Permainan Solo Najib Tumpaskan Usaha Selamatkan Gaza

Permainan Solo Najib Tumpaskan Usaha Selamatkan Gaza

Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 10:00:00 PG

Parti Islam Se-Malaysia mengkritik Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menyebabkan usul menyelamatkan Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata cubaan Najib membawa usul 'Selamatkan Gaza' secara solo menyebabkan ia ditolak sebulat-suara oleh negara anggota-anggota PBB, termasuk Amerika Syarikat.

"Mengapa kita tidak mengumpulkan suara kolektif sebelum membawa usul ini? Mengapa Najib tidak menjemput Turki dan negara-negara lain yang bersama dengan pendirian kita," soal Mahfuz, seperti yang dilapor portal Free Malaysia Today.

Mahfuz meragui kegagalan Najib melobi usul ini bersama negara-negara anggota lain yang turut mengecam keganasan rejim Tel Aviv sebelum ia dibahaskan di persidangan PBB.

"Najib sepatutnya mampu mempengaruhi PBB dengan menggunakan syarikat pelobi Apco yang rapat kepada Yahudi dan Amerika Syarikat. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, itu tidak berlaku," kata Mahfuz.

"Saya yakin Apco ada membisikkan sesuatu mengenai Gaza kepada Najib," tambah beliau sebelum mengulangi desakan memutuskan hubungan Kuala Lumpur dan syarikat berkaitan Zionis itu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger