Home » » 4 ahli keluarga Gaddafi terkorban

4 ahli keluarga Gaddafi terkorban

Written By canang on Isnin, 2 Mei 2011 | 5/02/2011 05:58:00 PG


TRIPOLI – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu jet pejuang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kelmarin, namun anak bongsu, Saif Al-Arab serta tiga cucunya terkorban selain beberapa orang lagi cedera.

Gaddafi dan isterinya berada di rumah Saif, 29, ketika bangunan tiga tingkat itu menjadi sasaran peluru dari pesawat NATO, demikian menurut jurucakap Libya, Moussa Ibrahim.

Serangan itu dilakukan beberapa jam selepas Gaddafi meminta gencatan senjata dan rundingan diadakan selepas para pemberontak melancarkan penentangan terhadap kepimpinannya sejak 15 Februari lalu.

Bagaimanapun, para pemimpin NATO menolak tawaran itu dengan menyata- kan ia kekurangan kredibi- liti.

Serangan NATO itu dibuat selepas ia mengambil alih penguatkuasaan zon larangan terbang di Libya daripada tentera Barat diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 31 Mac lalu, selepas dipersetujui Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) pada 19 Mac lalu bagi melindungi rakyat negara itu daripada diserang tentera Gaddafi.

Moussa mendakwa yang Gaddafi dan isterinya berada di dalam rumah ketika serangan itu berlaku.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger