Home » » Kes liwat: Peguam Negara jelas sebab rayu

Kes liwat: Peguam Negara jelas sebab rayu

Written By canang on Sabtu, 21 Januari 2012 | 1/21/2012 12:43:00 PG

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.

"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.

"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.

Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti. - Bernama
Share this article :

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang sudah diduga sebab itulah keputusan oleh hakim tidak direkod secara bertulis sebaliknya hanya mengambil masa tak sampai sepuluh minit dengan alasan bukti yang dikemukakan saksi utama tidak dapat diterima pakai .

Tanpa Nama berkata...

pttttuuuuuiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Pejabat Peguam Negara hanya memalukan diri sendiri dan menjatuhkan integriti sistem kehakiman Malaysia di mata dunia....
sungguh memalukan.....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger