Home » » JANGAN tidur selepas solat Subuh - Ustaz Don.

JANGAN tidur selepas solat Subuh - Ustaz Don.

Written By canang on Khamis, 26 April 2012 | 4/26/2012 07:56:00 PTG

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don. - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda.... Oleh: Sys Ecig
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger