Menjejakkan kaki ke negeri di Bawah Bayu Sabah selama lima hari cukup untuk merakamkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tidak pasti terlupakan. Siri jelajah pendengaran awam yang dianjurkan DAP Sabah memberi gambaran lebih dekat akan kesulitan dan dilemma yang dihadapi rata-rata rakyat negeri ini.
Tahun 1994 merupakan tahun yang diungkit-ungkit lagi oleh sebahagian besar rakyat. Tumbangnya kerajaan oposisi PBS ketika itu di tangan UMNO-BN dengan cara yang tidak demokratik adalah episod ngeri perluasan pengaruh UMNO di Sabah yang menangguk di air keruh dan menjadi api dalam sekam terhadap keamanan, perpaduan dan keunikan sosio-budaya, politik dan agama di Sabah yang selama ini indah tak terkocak.
Bicara Kampus RTM dedah ketidak seimbangan pembangunan
Siaran langsung rancangan Bicara Kampus pada 10 September 2012 lalu jam 10 dengan tajuk “Integrasi Nasional” telah memberi gambaran dan tamparan apabila seorang wakil pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) saudari Fitrianoviani Hj Khalid yang menimbulkan tanda tanya apabila kenyataannya memberi gambaran bahawa pembangunan di Sarawak (Malaysia Timur) jauh lebih ketinggalan dari Semenanjung.
Malah, ‘perbincangan’ Bicara Kampus bersama ahli panel dan audien pada malam tersebut digegarkan dengan persoalan ‘mana perginya peruntukan belanjawan’ yang dibelanjakan kerajaan. Dalam soal jawab telefon turut menampilkan seorang pemanggil yang mempersoalkan 18 dan 20 syarat dan janji kerajaan BN yang masih tidak dipenuhi seawal penggabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
“Semenanjung rompak kami…”
Rombongan kami ke Sabah bukan sekadar menikmati keindahan alam semulajadi. Jauh sekali sekadar rombongan untuk membeli belah. Agenda utama DAP kali ini adalah untuk mendengar rintih adu rakyat yang terpinggir.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Kevin membawa kami dari lapangan terbang Kota Kinabalu ke hotel penginapan. “Itu nampak tak, gunung Kinabalu”, kata Kevin kepada saya dan Zeon. Disebelahnya adalah Peter, fasih berbahasa Melayu dengan loghat Sabah. Tiba sahaja di hotel sekitar jam 5.30 petang, kami berehat seketika sementara menunggu masa untuk sesi pendengaran awam malam nanti.
Ternyata, sentimen rakyat Sabah masih kuat terhadap Semenanjung. “Semenanjung menindas kami. UMNO rompak hak kami,” luah seorang responden kepada saya ketika berbual dengan beliau yang mahu dikenali sebagai Martin sahaja. Seorang Kadazan yang sudah pun mencecah usia emas.
Masakan tidak, kalau dahulu negeri ini pernah lebih kaya dan lebih hebat dari Singapura, kini Sabah dibawah kerajaan BN selama 49 tahun terus menelusuri jalan berliku dengan kemelut kemiskinan, peningkatan harga barang, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan masalah lokal yang seolah-olah tak terselesaikan.
Kota Kinabalu yang dilihat tenteram dan aman, malah segar udaranya tidak mampu lagi menutupi pekik suara rakyat marhaen yang teraniaya dan tertindas sejak sekian lamanya.
Masalah ketiadaan bekalan air dan elektrik sejah puluhan tahun lamanya bukan sesuatu yang asing bagi rakyat negeri ini.
Pasti. Persoalan utama yang berlegar di kepala setiap kita ialah, kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk gas dan petroleum ini telah ditabal sebagai negeri termiskin sedangkan tidak sedikit Ketua Menteri dan pimpinan UMNO negeri menjadi ‘jutawan’ malah ‘billionaire’? –

Tiada ulasan:
Catat Ulasan