Home » » KD Altantuya dilihat memulakan perkhidmatan membantu penduduk Pahang yg kawasannya dilanda banjir.Ah yay ya! Mana ni, BN punya pasal kah?.

KD Altantuya dilihat memulakan perkhidmatan membantu penduduk Pahang yg kawasannya dilanda banjir.Ah yay ya! Mana ni, BN punya pasal kah?.

Written By canang on Selasa, 25 Disember 2012 | 12/25/2012 08:00:00 PG



KD Altantuya dilihat memulakan perkhidmatan membantu penduduk Pahang yg kawasannya dilanda banjir..

Beruntung la sape yg dapat merasa 'pelaburan' kapal selam nih..



Setelah hujan 13 jam, Kuantan dilanda banjir...

KUANTAN: Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.

Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.

Kenderaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.

Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.

Seorang penduduk Kuantan yang dihubungi Harakahdaily, Khairatul Solehah Khairul Anuar memberitahu, beliau terperangkap selama satu jam sebelum berjaya keluar dari kawasan Stadium Darul Makmur.

Menurutnya, banyak kenderaan terperangkap di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang turut dinaiki air.

"Nasib baik saya letak kereta dekat dengan stadium. Di situ sahaja yang selamat. Kalau parking di Padang MPK, memang tenggelam," katanya.

Beliau juga berkata, Pasar Besar Kuantan turut dimasuki air di beberapa bahagian.

"Dalam pasar di kawasan jual barang basah, air naik. Jalan raya sangat sesak, lampu isyarat
pula rosak," katanya lagi.

Terminal Bas Makmur turut dinaiki air menyebabkan bas-bas terpaksa menunda waktu perjalanan seperti yang dijadualkan.-HD







Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger