Home » » (VIDEO)Kenderaan JPJ Dibakar Orang Ramai

(VIDEO)Kenderaan JPJ Dibakar Orang Ramai

Written By canang on Jumaat, 11 Januari 2013 | 1/11/2013 09:56:00 PTG




Malaysiakini

Jan 11 2013
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
NONETimbalan OCPD Manjung,Ahmad Mat Isa memberitahuMalaysiakini 
bahawa 15 orang mengalamikecederaan ringan dalam kemalangan tersebuttetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

NONEMereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu.




PASTI POWER:PRODUK KOPI TERHANGAT DIPASARAN..STRONG MAN COFFEE.TERBUKTI BERKESAN




Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger