Home » » TANDA TANDA TUMBANGNYA KERAJAAN KORUP"BN" PAHANG!!

TANDA TANDA TUMBANGNYA KERAJAAN KORUP"BN" PAHANG!!

Written By canang on Ahad, 3 Februari 2013 | 2/03/2013 07:11:00 PG





TANDA TANDA TUMBANGNYA KERAJAAN KORUP"BN" PAHANG!!

APABILA ANAK MUDA BANGKIT..

Ust Azhar Idrus Di Stadium Darul Makmur..anak mude bangun bangkit tolak BN...!!! BN KO..KO BN!


Wacana Perdana Bersama Dua Pendakwah Tersohor, Lautan Manusia Membanjiri Stadium Darul Makmur !!
KUANTAN, 3 Feb - Lautan manusia membanjiri Stadium Darul Makmur sempena Wacana Perdana yang menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (foto) dan Ustaz Haslin Baharin malam tadi. Orang ramai dilihat memasuki stadium sejak jam 6.00 petang lagi sebelum mereka bersolat Maghrib buat julung kalinya di dalam stadium tersebut. Inilah sejarah dan kali pertama berlaku sejak 50 tahun lalu, umat Islam berjaya sujud kepada Allah di salam stadium berkenaan sebenarnya. Sebelum ini ia hanya diserikan dengan acara sukan dan kebudayaan semata-mata. Difahamkan, ramai yang hadir bukan sahaja dari Kuantan malahan dari seluruh negeri Pahang sebenarnya. Ini mungkin kerana mereka mendapat maklumat program berkenaan yang disiarkan secara eksklusif menerusi akhbar Sinar Harian sejak beberapa hari yang lalu. Program malam tadi diserikan lagi dengan moderator Imam Muda TV9 iaitu Ustaz Khairul Azhar Ghazali yang mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran". Seperti biasa kedua-dua ahli panel telah berjaya menarik perhatian hadirin dengan kupasan tajuk yang penuh dengan unsur humor. Penonton tidak kering gusi apabila melihat Ustaz Haslin yang popular dengan gelaran Ustaz Bollywood mendendangkan beberapa buah lagu secara spontan termasuk lagu hindustan dan "Kosong" nyanyian Najwa Latiff. Sementara itu Ustaz Azhar seperti biasa menambahkan lagi keceriaan dengan lawak jenakanya yang mencuit hati. Pendek kata program malam tadi telah berjaya menarik perhatian hadirin yang dianggarkan mencecah hampir 100,000 orang di dalam dan juga di luar stadium. Program yang pada awalnya berjalan dengan tenang dan aman menjadi kucar kacir sedikit apabila hujan tiba-tiba turun dipenghujungnya. Ketika itu sesi soal jawab sedang berjalan. Orang ramai bertempiaran lari mencari perlindungan dan ada sebahagiannya telah keluar dari stadium kerana keadaan dipintu keluar terlalu sesak ketika itu. Mujurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa berasak-asak itu. Kehadiran orang ramai malam tadi mengingatkan semula kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Januari lalu. Nampaknya gelombang perubahan kini semakin meningkat. Apapun, kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana mengizinkan Perbadanan Stadium Darul Makmur memberi laluan program ini, walau pun Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi kontroversi Oktober lalu akibat programnya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dibatalkan disaat-saat akhir akibat campurtangan politik pihak tertentu. Sudah tiba masanya program sebegini diberi laluan kerana ia sekadar untuk berikan ilmu agama kepada umat Islam.

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/wacana-bersama-ustaz-azhar-idrus-dan.html#






LINKS

Suami kantoi, isteri tak puas seks.Cerita lucah kat orang.




Photobucket KOPI TERHANGAT DI PASARAN CUBA SEKALI PASTI MAU LAGI  Photobucket


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger