Home » » Kuala Besut: Masjid TUDM halang Nik Aziz solat Magrib.

Kuala Besut: Masjid TUDM halang Nik Aziz solat Magrib.

Written By canang on Ahad, 21 Julai 2013 | 7/21/2013 10:13:00 PG



Kuala Besut: Masjid TUDM halang Nik Aziz solat Magrib.

Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak menghalang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan solat Maghrib dan memenuhi undangan semalam walaupun persetujuan sudah dicapai bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan itu bertandang ke masjid berkenaan.

Menurut Mejar (B) Yusoff Ali dari Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, pada mulanya, pihak pengurusan masjid membenarkan Nik Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan akan tetapi pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya dipetik dari laporan portal Harakahdaily.

Antara yang turut hadir dalam program malam tadi adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh; Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang; dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Nik Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid itu walaupun ada persetujuan diberi.

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak setiap hari diadakan majlis berbuka puasa. – 19 Julai, 2013./~TMI

Nizar
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger