Home » » PELIK TAPI BENAR:KANAK-KANAK 2 TAHUN HAMIL

PELIK TAPI BENAR:KANAK-KANAK 2 TAHUN HAMIL

Written By canang on Rabu, 2 Oktober 2013 | 10/02/2013 07:58:00 PTG


KANAK-KANAK 2 TAHUN HAMIL

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan melahirkan anak selepas doktor mendapati dia ‘hamil’.Xiao Feng dibawa ke hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.
Sebaik dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan.
Di samping itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari tangan dan jari kaki.
.PERUT yang kian membesar menyukarkan Xiao Feng bernafas.Kembar parasit berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit mati.
Menurut pakar, kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah sepenuhnya.
Sementara itu, pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger