Home » » Rakan Kena Bantu rakan Bukan Jatuhkan Rakan ....Jika Begini Caranya.. Ku Turuti Saja .

Rakan Kena Bantu rakan Bukan Jatuhkan Rakan ....Jika Begini Caranya.. Ku Turuti Saja .

Written By canang on Rabu, 29 Januari 2014 | 1/29/2014 05:07:00 PTG

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi kepada semua pejuang Pakatan Rakyat x kira dimana sahaja berada.. Cukup 24jam sudah berlalu dimana seluruh media sosial 'huru hara' dengan pelbagai propaganda dan kontroversi berkaitan PRK DUN N25 Kajang, sampai masanya untuk aku mencelah bersuara seketika selaku seorang blogger, seorang reformis, seorang anggota parti PKR dan juga sebagai pengundi DUN Kajang. Aku nak ulas sedikit tentang apa yang berlaku sejak semalam. Secara kasar kita melihat tentangan dari beberapa sudut samaada di media perdana dan juga media sosial tentang keputusan DS Anwar Ibrahim bertanding di DUN N25 Kajang utk mengisi kekosongan setelah perletakan jawatan oleh ADUN sebelum ini, CC Lee. Keputusan drastik ini telah menjadi kontroversi, perdebatan dan perbualan hangat, paling hangat mengatasi segala isu isu yg timbul sebelum ini. Tidak kurang juga ada antara sesama kita mula 'melatah' dan 'meroyan' x tentu pasal termasuk pengamal media sosial pro PR yang hebat hebat.. Kenapa? Taknak PR menang ke? Too much politiking hingga kebenaran sebenar diketepikan dan lebih menjurus kepada memberi jalan mudah untuk jentera propaganda UMNO-BN buat kerja mereka. Banyak perkara x boleh dibicarakan secara terbuka, banyak perkara yg cukup sulit. Jika dibicarakan secara umum dikhuatiri akan menjadi lebih parah, lebih huru hara dan pastinya akan memberi 'keuntungan percuma' untuk lawan kita iaitu UMNO-Barisan Nasional. Tugas UMNO-BN dalam arena politik adalah untuk memusnahkan apa yang telah ada di dalam genggaman kita termasuk yang bakal dalam genggaman kita, samaada secara propaganda, sebaran media termasuk di internet dan juga x kurang juga taktik kotor dimana menggunakan orang2 tertentu untuk menghuruharakan persepakatan yang telah kita bina selama ini. Tidak kurang juga mereka yang menangguk di air keruh, sering mengambil kesempatan dalam setiap krisis dan kekurangan demi matlamat peribadi dan kepentingan pihak pihak tertentu. Dalam proses untuk dapatkan 'perfection' perlu ada beberapa perubahan drastik. Sebagai manusia, lumrah kita lakukan semua ni. Setiap kekurangan akan diperbaiki dari masa ke semasa dan kadangkala keadaan diluar jangkaan boleh berlaku dan sudah pasti ada tentangan dari beberapa sudut. Jangan pandang pada negatif sahaja, kene pandang jauh untuk melihat positifnya juga. Disamping itu, sebelum menerima apa apa maklumat, kaji dulu dan dapatkan kesahihannya. Jika kita sebagai penggerak media sosial tahu dan pandai serta hebat dalam mencari maklumat tentang pihak lawan, pandai mengesahkan sesuatu maklumat berkaitan pihak lawan, mengapa bila berlaku sesuatu antara kita, kita lupa bagaimana nak mengetahui maklumat itu benar atau tidak? Maaf jika cara teguran aku dipandang serong atau ada yang terasa. Aku melihat kini ramai sahabat2 dalam dunia media sosial dah mula masuk dalam permainan kotor lagi busuk yang dicaturkan oleh jentera propaganda UMNO. Kerana kedangkalan dan malas nak berfikir dan ceteknya ilmu serta cepat melatah x tentu pasal dari pihak kita sendiri, jentera media sosial pro UMNO-BN akan mengambil kesempatan dan memudahkan mereka melagakan sesama kita. Selain dari barisan pimpinan parti parti dalam Pakatan Rakyat, kita sebagai pengamal media sosial adalah Front Line untuk jentera propaganda dan sebaran maklumat. Kita 'berperang' setaraf dengan pemimpin diluar sana, bezanya kita guna media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter, Online Forum dan lain lain dan majoriti rakyat Malaysia mendapat maklumat 'direct' dari kita walaupun kita terpaksa berdepan dengan risiko dan beberapa sekatan. Tanpa kita, rakyat takkan tau apa sebenarnya berlaku. Tapi jika kita sendiri tak dapat gunakan akal yang Allah kurniakan, kita terlalu bangga diri hingga kita secara x sedar dah terhumban dalam game ciptaan orang orang tertentu yg sebenarnya mempunyai agenda peribadi, gila kuasa dan tamak. Disambut pula oleh jentera blogger dan media sosial UMNO-BN yang akan memanaskan lagi keadaan. Siapa sebenarnya yang rugi? Pemimpin PR? Kita? Anak cucu kita? Hanya korang sendiri yang tau apa jawapannya. Nasihat aku sebagai seorang sahabat yg selama ini berjuang bersama korang di media sosial juga diluar sana.. Tak perlu memperbesarkan hal ini kerana sekarang bukan masanya lagi. Tak perlu lambung sana sini demi sesuatu yang tidak diketahui kebenaran yg sebenar. Jangan terlalu cepat melatah terutama jenis suka copy paste dan share maklumat sedangkan x tahu sumber sebenar dan sejauhmana kebenarannya. Kembali kepada nawaitu sebenar dimana kita sebagai pejuang x kira alam maya atau dunia sebenar mempunyai misi yang penting, tumbangkan UMNO-BN dan pastikan kehidupan anak cucu kita lebih terjamin dibawah pentadbiran yg lebih telus dan teratur. Mari bersama, kembali kepada nawaitu sebenar kita dari mula kita bertekad menjadi blogger dan penggerak politik di media sosial. Pastikan kita tidak tewas oleh sebarang unsur yang ingin menggagalkan agenda reformasi samaada dari sekeliling kita ataupun dari pihak lawan kita. Apa yg kita buat sekarang bukan untuk diri kita tapi untuk masadepan anak cucu kita. Rakyat menantikan dan memerlukan kita untuk memberi penerangan dan pendedahan yang lebih hebat dari pengamal media sosial UMNO-BN dan sebaran Media Lidah Biawak milik UMNO-BN yang sememangnya cuba menipu dan memperbodohkan rakyat selama ni. Kepada pejuang2 Pakatan Rakyat tak kira didalam blog, twitter, facebook dan diluar sana, aku mewakili AMK Cabang Hulu Langat dan DUN Kajang mengalu alukan kerjasama dari semua pihak untuk bersama berganding bahu tanpa sebarang buruk sangka antara satu sama lain bagi menentukan peratusan majoriti kemenangan paling besar dalam sejarah Negeri Selangor. Secara tak langsung kita buktikan pada UMNO-BN bahawa mereka TIDAK MAMPU untuk melumpuhkan persepakatan kita walau sebesar zarah sekalipun. Jadikan ini sebagai 'signal' dari kita kepada UMNO-BN bahawa kita mara dengan kekuatan yang mereka takkan dapat jangkakan sama sekali untuk menamatkan Dinasti UMNO dari sejarah pemerintahan di Malaysia.. "Menjunjung Reformasi Memartabatkan Rakyat"
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=605407276197729&set=a.382209945184131.87595.382077561864036&type=1&theater
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger