Home » » (KAJANG MOVE NEWS) SELEPAS 14 TAHUN INILAH KALI PERTAMA DIVIDEN EPF PALING TINGGI..!!!

(KAJANG MOVE NEWS) SELEPAS 14 TAHUN INILAH KALI PERTAMA DIVIDEN EPF PALING TINGGI..!!!

Written By canang on Ahad, 16 Februari 2014 | 2/16/2014 10:25:00 PTG

SELEPAS 14 TAHUN INILAH KALI PERTAMA DIVIDEN EPF PALING TINGGI..!!!
KWSP isytihar dividen 6.35% untuk 2013..berita menjelang PKR Kajang 

www.kwsp.gov.my/...epf/.../dividend.../dividend-
2000. 6.00. 2001. 5.00. 2002. 4.25. 2003. 4.50. 2004. 4.75. 2005. 5.00. 2006. 5.15. 2007. 5.80. 2008. 4.50. 2009. 5.65. 2010. 5.80. 2011. 6.00. 2012. 6.15. 2013. 6.35

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.

Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di ibu negara hari ini berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Beliau berkata penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPFwww.kwsp.gov.my

"Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin, 17 Februari 2014," katanya.

Tambah beliau, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSP, Twitter KWSPBuzz dan YouTube.

Beliau berkata kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.

"Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger