Home » » Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang

Anak saudara timbalan menteri terjun jambatan baru Pulau Pinang

Written By canang on Khamis, 6 Mac 2014 | 3/06/2014 05:25:00 PTG

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Tambah beliau, mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang berada kira-kira 500m daripada Kilometer 13.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Nama dan motif membunuh diri enggan dinyatakan oleh pihak polis.

 http://www.astroawani.com/news/show/anak-saudara-timbalan-menteri-terjun-jambatan-baru-pulau-pinang-31304
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger