Home » » [DAP Kutuk Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Ikhwan]

[DAP Kutuk Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Ikhwan]

Written By canang on Rabu, 26 Mac 2014 | 3/26/2014 09:25:00 PG

[DAP Kutuk Hukuman Mati Ke Atas 529 Penyokong Ikhwan]

KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mengutuk keras tindakan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi atas tuduhan menyerang dan membunuh anggota polis.

Kumpulan penyokong terbabit adalah anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan dan sebahagian daripada lebih 1,200 orang yang dibicarakan.

Mahkamah di Minya, di Selatan Kaherah, mengeluarkan hukuman itu selepas sekadar dua sesi dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka.

Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam satu kenyataan hari ini mengutuk keras hukuman mati terbesar dalam sejarah Mesir yang dianggap sebagai mengarut.

“Malahan, Amnesty International sendiri menamakan hukuman ini sebagai hukuman mati beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah dunia.

“Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis.

“Jelas sekali perbicaraan ini adalah pincang apabila pihak pembelaan dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, malah defendan dan peguam mereka pun tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman dijatuhkan,” tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Menurutnya lagi, perbicaraan ini memperlihatkan satu trend merisaukan bahawa Mesir akan kembali ke zaman pemerintahan diktator sepertimana di bawah rejim Hosni Mubarak.

“Saya menggesa kerajaan Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri,” tegas Kian Ming.

Pihak berkuasa Mesir telah bertindak keras terhadap kumpulan penyokong Morsi daripada kalangan Ikhwan sejak beliau digulingkan Julai tahun lalu.

Aktivis politik dan demonstran anti kerajaan bukan sahaja dipenjara malah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Mesir.

Sumber : Roketkini.com
#mesirkini
#R4BIA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger