Home » » KISAH SEORANG HAKIM...

KISAH SEORANG HAKIM...

Written By canang on Sabtu, 8 Mac 2014 | 3/08/2014 05:05:00 PTG

KISAH SEORANG HAKIM...

FAKTA MENUNJUKKAN BAHAWA DI MALAYSIA HAKIM BOLEH DIPUJUK DAN DIARAH UNTUK AKUR KEPADA PENGARUH PENGUASA... JIKA INGKAR MAKA PASTI AKAN MENERIMA NASIB SEPERTI TUN SALLEH ABAS DAN BEBERAPA HAKIM YANG LAIN

FAKTA JUGA MENUNJUKKAN HAKIM DIMALAYSIA JUGA BOLEH DIBELI.... INGAT LAGI CERITA CORRECT CORRECT CORRECT...... KERANA MENGEJAR STATUS KEDUDUKAN HAKIM YANG PALING TINGGI TINGKATNYA......

MAKA BERUNTUNGLAH SESEORANG HAKIM JIKA DIA MELETAKKAN KEADILAN MELEBIHI SEGALA-GALANYA.... JOM BACA CERITA DI BAWAH

Hakim adalah orang yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memutus perkara dengan jujur. Allah SWT mempunyai 99 buah nama (asmaul husna), salah satunya Al-Hakim yang ertinya Maha Bijaksana. Allah lah Hakim yang sebenar-benarnya adil karena Dia Maha Bijaksana. Allah memberikan sebahagian sifat bijaksana-Nya itu kepada para hakim, agar para hakim dapat memutus dan mengadili sesuatu perkara atau kes dengan adil sebagaimana sifat Allah yang Maha Bijaksana itu. Kerana itu, tidak salah bila ada orang yang mengatakan bahawa hakim adalah “wakil Tuhan di bumi”.

Sabda Rasulullah SAW, Allah selalu bersama seorang hakim selama dia berlaku adil:

Allah bersama-sama seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi).

Kepercayaan Rasulullah kepada hakim sangat besar, sehingga Rasulullah berkata sebagai berikut:

Barang siapa diangkat menjadi hakim maka dia telah disembelih tanpa menggunakan pisau. (HR. Abu Dawud).

Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (HR. Abu Na’im dan Ad-Dailami).

Oleh kerana hakim menjalankan sebahagian sifat Allah yang Maha Bijaksana, maka sangat besar murka Allah kepada hakim yang tidak berlaku adil. Dalam sebuah hadis Rasulullah berkata bahawa dua dari tiga hakim masuk neraka kerana mereka mengadili tidak dengan kebenaran (termasuk menjual hukum dengan wang):

Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi).

Betapa berat pertanggugjawaban seorang hakim di akhirat kelak, kerana itu janganlah para hakim dan para peguam mempermainkan hukum. Seksa Allah menunggu para hakim yang bisa dibeli.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger