Home » » Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?

Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?

Written By canang on Selasa, 11 Mac 2014 | 3/11/2014 10:29:00 PG

Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan pelbagai jenis siasatan. 

Ya, hal ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna media sosial yang mempunyai pengaruh setara dengan media arus perdana. Malah media sosial pula dijadikan sumber kepada surat kabar dan berita TV. Sesiapa sahaja dengan kelengkapan semudah telefon bimbit boleh mengeluarkan berita yang sampai keseluruh dunia. 

Hari ini saya nak buat spekulasi. Setelah hampir 40 jam mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MAS B777-200 yang menuju ke arah Beijing China ini, saya berpendapat mungkin pesawat ini telah dirampas pengganas dan telahpun mendarat dilokasi rahsia. Ia disimpulkan atas informasi seperti berikut.


1. Tiada isyarat "MAYDAY" atau sebarang signal kecemasan diberikan oleh juruterbang. Telah disahkan oleh pakar penerbangan bahawa peristiwa ini sangat ganjil kerana pesawat paling canggih seperti B777 ini mempunyai pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan pihak luar. Mungkin hal ini (hilang dari radar dan tidak menghubungi menara kawalan) disengajakan  oleh juruterbang atau juruterbang dipaksa oleh pengganas (2 individu beridentiti palsu). Tidak mustahil pengganas turut bekerjasama dengan juruterbang untuk memudahkan rampasan. Pakar mengesahkan melalui Astro Awani bahawa alat komunikasi transponder yang menyiarkan kedudukan pesawat setiap saat boleh dipadamkan.  Mengikut akaun FB juruterbang, beliau merupakan penyokong tegar parti politik pembangkang di Malaysia. Kebetulan Ketua pembangkang melalui saat yang paling genting dalam karier politiknya. Anda lengkapkan sendiri spekulasi ini. Mungkin ia agak keterlaluan, namun Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan dan kini KDN pun sepatutnya dianggap keterlaluan kerana mengaitkan pembangkang sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu. Sehingga kini dalangnya tidak didedahkan dan Zahid Hamidi pun tidak disaman. Hanya rakyat ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.

2. TIADA LETUPAN. Hal ini disahkan oleh agensi pengesan letupan Amerika Syarikat yang boleh mengesan letupan yang berlaku seluruh dunia. Ini bermakna MH370 tidak terhempas, tetapi telah dialih arah ke destinasi yang lain dan mendarat dilokasi yang tidak  diketahui. TURN BACK seperti yang dikesan oleh radar pihak tentera adalah petanda pesawat telah dialih arah ke Malaysia, Indonesia atau Singapura. SINGAPURA mungkin tempat yang menjadi pilihan untuk mendarat berdasarkan peristiwa rampasan kapal terbang pada 1977 yang mana destinasi yang sama dipilih namun terhempas di Tanjung Kupang. Jangan terlalu berbaik sangka dengan Singapura. Melalui blog pertahanan Military Of Malaysia menjelaskan sudah beberapa kali negara berjiran itu hampir terjerumus dalam kancah peperangan dengan Malaysia. 

3. RANCANGAN AWAL PAGI. Pesawat tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk divert dan waktu awal pagi dipilih bagi mengelakkan tindakan mereka dari dikesan ketika ramai orang masih tidur. Seperti yang dijelaskan di TV, mengisytihar secara public berkaitan aktiviti pesawat yang dikesan membuat pusingan U setelah hilang daripada radar airport adalah pendedahan tentang rahsia keupayaan aset pertahanan negara yang tidak sepatutnya berlaku. Ada yang berpendapat pesawat sebegitu besar tidak boleh hilang dari radar namun jelas pesawat itu telah hilang dan dikesan pula melakukan penukaran arah. Malah sumber melalui TV telah memaklumkan misi mencari dan menyelamat kini diluaskan hingga ke Selat Melaka. Ajaib bukan? Ajaib jika ada yang masih tidak percaya pesawat itu telah lolos dari radar konvensional milik airport. Sekiranya pengendali radar tentera itu tidak tidur dan memantau pergerakan pesawat, kemungkinan besar di mana pesawat itu didaratkan boleh dikesan dan tindakan pantas dapat dilakukan. NAMUN hanya bertindak apabila pesawat disahkan tidak sampai di Beijing sudah pasti hal ini telah terlalu lambat itu dilakukan dan pesawat mungkin telah mendarat dan disorokkan.

4. Sejak bila semua keluarga mangsa dikumpulkan dalam satu kawasan diputrajaya? Kenapa tidak dibenarkan pulang sahaja padahal misi mencari mungkin akan mengambil masa yang sangat lama. Adakah mereka terlibat dalam satu penerangan rahsia antara pihak kerajaan berkaitan dengan rampasan?

5. Terbaru seorang ahli keluarga mangsa berjaya membuat panggilan talefon secara live di kaca TV yang kemudiannya terputus sebelum sempat dijawab. Ini adalah bukti terbaru mengesahkan mereka selamat dan masih hidup. Cuma mereka tidak bebas atau pergerakan mereka disekat.

KESIMPULANNYA Keganjilan kejadian hilangnya pesawat ini adalah bukan masalah teknikal. Ia adalah disebabkan sikap manusia yang menyalahgunakan kepintaran akal fikiran mereka demi dendam peribadi. Malah media pembangkang mungkin menyedari hal ini kerana sering mengeluarkan post menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana kerajaan Malaysia seolah olah cuba merahsiakan kejadian sebenar. Rampasan kapal terbang adalah satu tindakan sabotaj yang strategik untuk mengambil perhatian dunia kerana ia melibatkan rakyat dari pelbagai warga negara. Sikap wartawan asing yang sangat agresif seperti cuba membongkar kelemahan kerajaan juga adalah modus operandi biasa media asing yang kita sedia maklum sentiasa menyebelahi pembangkang dalam menyerang negara. 

Adalah diperingatkan bahawa penulisan ini adalah spekulasi peribadi semata-mata. Terpulang sama ada ingin menerimanya dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Moga menjadi pencetus kepada pihak berkuasa agar bertindak tepat untuk menyelesaikan masalah. Jika operasi hanya bertumpu kepada search and resque dengan masih menganggap kapal terbang tersebut terlibat dalam kemalangan dan bukan dirampas, maka sampai bila-bilapun kita tidak akan menemuinya.
Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Ingat tiada apa yang terlalu misteri melainkan ia memang diinginkan dalam keadaan misteri.
Share this article :

1 ulasan:

Gadis Kampung berkata...

kita kena yakin semua yg terjadi adalah qada dan qadar dari Allah..jangan kita menuding jari menuduh pihak-pihak tertentu tanpa usul periksa..takut apa yang kita luahkan walaupun hanya ulasan peribadi kita boleh menyebabkan antara kita bertelingkah...orang luar macam saya ingin mengetahui apa sebenar yang terjadi...kita kena yakin setiap yang terjadi adalah satu bentuk dugaan dariNya dan mahu kita mendekatkan diri denganNya...kalau awak boleh tengok keadaan negara kita sekarang...selepas terjadinya kehilangan MH370 ini..tv dan stesen radio berebut-berebut menyiarkan bacaan al-quran, bacaan doa, motivasi yang indah yang mana inilah yang kita mahu dalam industri hiburan kita...bukan nyanyian yang melara' kan, bukan menari yang terkinja-kinja...pikirkanlah..sampaikan doa untuk semua anak kapal MH370..maaf andai menguris hati...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger