Home » » Solidariti Buat Anwar Bermula di Stadium Kajang Malam Ini (7 Mac)

Solidariti Buat Anwar Bermula di Stadium Kajang Malam Ini (7 Mac)

Written By canang on Jumaat, 7 Mac 2014 | 3/07/2014 08:07:00 PTG

Solidariti Buat Anwar Bermula di Stadium Kajang Malam Ini (7 Mac)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini meminta orang ramai untuk turun bersolidariti buat Anwar Ibrahim yang terus dizalimi, dengan menghadirkan diri ke Stadium Kajang malam ini.

Stadium Kajang mempunyai kapasiti yang luas untuk mengumpul seramai yang boleh bagi menunjukkan sokongan padu rakyat demi keadilan yang telah dicemari.

Jelas sekali hukuman yang dikenakan terhadap Anwar adalah satu konspirasi mengikut skrip yang telah ditetapkan, apabila dengan sengaja tarikh penamaan calon N25 Kajang dilewatkan secara luar biasa.

SAMM juga menggesa semua pihak bertenang dan jadikanlah perhimpunan di Stadium Kajang malam ini satu detik permulaan perlawanan baru menentang penindasan yang tidak berkesudahan. Penjelasan dan arahan gerakan akan dikeluarkan malam ini, justeru semua harus mengombak hadir.

Malam ini adalah malam penting buat rakyat Malaysia. Semua pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO juga dijemput bersama-sama dengan rakyat bagi penyusunan massa dan gerakan.

Jumpa semua di Stadium Kajang malam ini. Tunjukkan kepada aparat pemerintah bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan terancang sepertimana yang telah diperlakukan terhadap seorang Anwar Ibrahim!

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger