Home » » Anwar tanya Obama, bagaimana dengan kebebasan dan demokrasi

Anwar tanya Obama, bagaimana dengan kebebasan dan demokrasi

Written By canang on Sabtu, 26 April 2014 | 4/26/2014 06:30:00 PTG


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja dalam penglibatannya di Asia termasuk Malaysia , tetapi mesti juga kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.

Katanya, lawatan Presiden Obama ke Malaysia hujung minggu ini dibuat pada masa yang penting dan ia merupakan masa yang sesuai untuk Obama membuktikan idealnya yang didukung dalam kempennya dan pada hari-hari awal pentadbirannya.

Anwar menegaskan demikian dalam tulisannya yang disiarkan di
akhbar Washington Post hari ini, ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan dua hari .
Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar.

Bagaimanapun, Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil masyarakat sivil terkemuka esok, termasuk kumpulan pembaharuan pilihan raya BERSIH, Islamic Renaissance Front dan Majlis Peguam.

Ini dilihat sebagai satu lagi tamparan terhadap pemimpin pembangkang di parlimen bagi pakatan yang memerintah negeri-negeri utama di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger