Home » » APAKAH MISTERI ‪#‎MISSINGMH370‬ BAKAL BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI..

APAKAH MISTERI ‪#‎MISSINGMH370‬ BAKAL BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI..

Written By canang on Isnin, 21 April 2014 | 4/21/2014 10:59:00 PG

~~~APAKAH MISTERI ‪#‎MISSINGMH370‬ BAKAL BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI..BUATLAH APA YANG TERPAKSA @ TERDAYA RAKYAT SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MEMIKIRKANNYA. APATAH LAGI KELUARGA MANGSA HIDUP PERLU DITERUSKAN HANYA MASA SAHAJA YANG MENENTUKAN UNTUK PENAMAT CERITA..~~~
Malaysia Ikat Janji Dengan Australia Tentang Siasatan MH370
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Malaysia dan Australia dijangka menandatangani perjanjian bagi menetapkan pihak mana yang akan mengendali bangkai dan kotak hitam Malaysia Airlines Penerbangan MH370, jika ditemui.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata perjanjian itu dalam proses penggubalan dan beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenainya buat masa ini.
"Rangka perjanjian antara Malaysia dan Australia menyentuh persefahaman tentang bagaimana harus dikendali bangkai pesawat, kotak hitam dan mayat manusia jika kami dapat kesan (pesawat).
"Sebaik saja kami dapat bereskan butiran dengan Australia, kami akan dapat memberi lebih banyak maklumat kepada media," katanya pada persidangan akhbar dipengerusikan oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai perkembangan berhubung pencarian MH370 di sini hari ini.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger