Home » » Lagi mayat berbungkus ditemui

Lagi mayat berbungkus ditemui

Written By canang on Selasa, 15 April 2014 | 4/15/2014 06:42:00 PTG

Penduduk tempatan kecoh sekali lagi apabila satumayat siap berbungkus ditemui seperti dikafan  di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di Bukit Mertajam hari ini.


Mayat lelaki dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.
Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger