Home » » Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..

Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..

Written By canang on Jumaat, 11 April 2014 | 4/11/2014 04:59:00 PTG

Macai Sudah Mula.. Membuat Seranggan Pada Rafizi..
KUALA LUMPUR 9 April - Pengarah Strategi Keadilan Rafizi Ramli perlu ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa berikutan kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian dan penghinaan terhadap badan kehakiman negara.
Pengerusi Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) Norafiq Md Noor berkata, Rafizi yang juga penulis buku bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah' dilihat menyalahi kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964.
"Melalui tajuk buku berkenaan jelas sekali ia bertujuan untuk mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara. Buku itu merujuk kepada fakta kes Anwar Ibrahim sekaligus menghina keputusan mahkamah terhadap penghakiman kes beliau.
"Saya percaya ini adalah suatu kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c). Bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri. Saya meminta agar YB Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan ditahan dan disiasat dengan segera berkaitan buku berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Setapak hari ini.
Dalam masa sama, Norafiq turut mendesak pihak yang berkaitan supaya menghentikan pengedaran buku Reformasi 2.0 bagi mengelak persepsi buruk yang dilemparkan terhadap sistem perundangan negara yang sengaja dipolitikkan demi meraih simpati.
"Buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca dengan intergriti serta kepercayaan mereka terhadap sistem keadilan mahkamah dan menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan terhadap hakim di Malaysia. Sekiranya buku yang berbaur hasutan ini tidak disekat edarannya ia akan menyebabkan terhakisnya keyakinan rakyat dengan sistem kehakiman di negara ini," tegas beliau.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti pembangkang mengagung-agungkan dan memuji badan kehakiman apabila dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii, liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.
Saiful bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dan mahkamah menerusi panel 3 hakim kemudiannya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan sama seterusnya dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.
Lantaran itu pimpinan parti pembangkang menerusi parti milik Anwar Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengajak rakyat turun ke jalanraya dalam himpunan Reformasi 2.0 kerana beranggapan keputusan mahkamah sebagai tidak adil dan menzalimi Anwar. Malah parti pemerintah Barisan Nasional (BN) turut dituduh sebagai dalang dalam membuat keputusan yang tidak menyebelahi mereka.
GERAM ...sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger