Home » » Rafizi ramal kerajaan BN tumbang selepas laksana GST April ini

Rafizi ramal kerajaan BN tumbang selepas laksana GST April ini

Written By canang on Khamis, 10 April 2014 | 4/10/2014 08:19:00 PTG

SHAH ALAM : Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) diramal akan tumbang apabila hilang sokongan rakyat sebaik sahaja melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, hal yang sama dapat dilihat pernah berlaku terhadap kejatuhan dan kegagalan kerajaan negara luar, antaranya Greece.
"Percayalah lepas ini UMNO-BN mesti tumbang atas perlaksanaan GST. Biar mereka suka seperti kera dalam parlimen sebab mereka ingat boleh ambil lebih banyak lagi duit rakyat, sedangkan GST akan menyebabkan orang miskin perlu juga bayar cukai. Malah cukai itu juga yang akan menjatuhkan ia (kerajaan UMNO-BN)," katanya di ceramah Himpunan Reformasi 2.0 di Jalan Kebun, Klang malam tadi.
Isnin lalu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi sebanyak dua kali dengan undian kali pertama pembangkang memperoleh 81 undi berbanding penyokong kerajaan mendapat 118 undi.
Undian kali kedua menyaksikan pembangkang kekal 81 undi, manakala penyokong kerajaan memperoleh 119 undi.
Rafizi  mempersoal mengapa kerajaan tidak melaksanakan tiga jenis cukai iaitu Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.
Ini katanya, tidak akan terlalu membebankan rakyat, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah.
"Saya tanya menteri bahawa cukai diperlukan untuk tambah pendapatan negara? Kita tak gaduh pasal naik jet atau perbelanjaan Rosmah. Kalau soal untuk potong rasuah dan jangan membazir, sampai kiamat mereka takkan berhenti. 
"Saya beritahu mereka boleh tambah cukai, tetapi mengapa turut mengenakan ornag miskin sedangkan ada cukai yang dikenakan terhadap orang-orang kaya?
"Saya kata kepada menteri cukai boleh nak kutip cukai, tapi kutip pada yang kaya, jangan pada yang miskin," ujar beliau.
Oktober lepas, semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Dalam program yang sama juga, Ahli Parlimen Pandan membidas sistem perundangan negara ini yang didakwanya terpaksa mengikut telunjuk kerajaan UMNO-BN semata-mata atas kepentingan individu tertentu.
"UMNO-BN hidup dengan berbohong termasuklah isu cukai, musuh politik dan sudah tentu isu Anwar juga diserang dengan pembohongan. Jangan kita ambil mudah biarpun Anwar yang menjadi mangsa, hari ini hari beliau, jika kita tak perbetulkan sistem kita, esok lusa hari saya atau Wan Azizah.
"Jika kita betulkan sistem kehakiman kita supaya takut kepada Allah, makan tahun depan atau esok akan menjadi hari anda semua. Berapa ramai antara kita akan menjadi mangsa?," soalnya di hadapan hampir 300 pengunjung program berkenaan.
Malah di dalam pertuduhan yang dihadapi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ujar Rafizi bukti-bukti yang kononnya ada kaitan dengan Anwar adalah tidak konkrit.
Katanya amalam memfitnah sudah menjadi kebiasaan UMNO-BN yang gentar dengan Anwar sebagai musuh politik mereka.
"Segala fitnah terhadap Anwar termasuk kondominum, bilik dan katil, saya beritahu sepanjang perbicaraan mahkamah, tidak pernah sekalipun pendakwaraya mengemukakan bukti bahawa Anwar ada dalam kondominium itu.
"Dalam mahkamah tak bentang langsung bahawa Anwar ada di kondominum itu atau tidak. Sama ada Saiful berada di kondo itu atau tidak. Orang tanya takkanlah begitu? Bagaimana dengan video dan gambar Saiful itu? Memang ada video dalam perbicaraan tapi ia tidak ada kena-mengena di dalam kondo. Yang ada hanyalah video Saiful masuk lif, keluar lif. Tiada video dalam kondo
"Yang paling saya lihat apabila dia keluar dari lif, tidak jalan kangkang, jalan seperti biasa. Jika betul dia kena (liwat), dia jalan dah...," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger