Home » » Akhlaknya menggegarkan dunia...

Akhlaknya menggegarkan dunia...

Written By canang on Jumaat, 2 Mei 2014 | 5/02/2014 08:24:00 PTG



Akhlaknya menggegarkan dunia...

Kedua-dua foto ini telah diambil oleh Surjit Singh Virk, seorang pemandu bas (yang tidak bertugas ketika itu) di British Colombia, Kanada.

Katanya, beliau sedang duduk di dalam bas apabila dia melihat seorang lelaki duduk tanpa berkasut. Seorang lelaki Islam kemudiannya menaiki bas dan duduk di sebelah Surjit .

Lelaki Muslim yang berkasut dan bersarung kaki tersebut memberikan semuanya kepada lelaki yang tidak berkasut yang tidak dikenalinya sambil berkata, "Saya tidak begitu memerlukan kasut ini kerana saya tinggal di kawasan yang berhampiran."
Beliau kemudiannya segera turun sebelum lelaki itu sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.

Surjit Singh mengambil gambar-gambar ini dan foto ke dua memperlihatkan lelaki yang memberikan kasutnya itu berjalan jauh sambil berkaki ayam.

Lelaki yang berusia 27 tahun yang turun daripada bas tanpa berkasut itu telah dikesan oleh Agensi QMI Kanada tetapi enggan dikenali sambil menyatakan bahawa beliau berbuat kebajikan berdasarkan ajaran Islam dan tidak mahu dikenali umum.Lagi baca disini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger