Home » » Dr Mahathir dakwa Melayu ditipu kerana dia menipu 22 tahun, kata Kit Siang

Dr Mahathir dakwa Melayu ditipu kerana dia menipu 22 tahun, kata Kit Siang

Written By canang on Rabu, 21 Mei 2014 | 5/21/2014 09:00:00 PG

Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Daud menemui orang ramai di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini. Dyana memulakan hari pertama kempennya di Pasar Pagi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014. Lim Kit Siang hari ini menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud adalah untuk mengaburi mata orang Melayu.
Ketua Parlimen DAP itu berkata keny‎ataan bekas perdana menteri berkenaan tidak memeranjatkan kerana itulah yang dilakukan selama 22 tahun memerintah Malaysia.
"Semalam Dr Mahathir kata orang Melayu mudah ditipu. Mungkin betul kerana dia tipu orang Melayu 22 tahum"Saya percaya Melayu, Cina dan India tidak akan begitu mudah ditipu kerana mereka tahu apa hak dan impian mereka," katanya kepada media selepas menemui pengundi di pasar pagi di Teluk Intan hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan ‎Dr Mahathir berkata tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu.
Katanya, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah membuktikan orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger