Home » » Mat Sabu calon Bukit Gelugor, platform jelas hudud

Mat Sabu calon Bukit Gelugor, platform jelas hudud

Written By canang on Khamis, 8 Mei 2014 | 5/08/2014 07:07:00 PTG

Mat Sabu calon Bukit Gelugor, platform jelas hudud
OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI Tarikh: May 5, 2014
SHAH ALAM - Sebagai platform terbaik Pas menjelaskan hudud kepada masyarakat bukan Islam, NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mencadangkan supaya Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu diangkat sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor .
Presidennya, Ramesh Rao berkata, bagi memastikan hukum hudud difahami oleh masyarakat bukan Islam, elok Muhammad Sabu atau lebih kenali sebagai Mat Sabu dicalonkan di kawasan tersebut, selain bersesuaian dengan semangat muafakat yang dijalinkan dalam PR.
“Di sini saya cadangkan agar pucuk pimpinan DAP, memberi peluang kepada Pas (Mat Sabu) untuk bertanding di PRK Bukit Gelugor.
“Tujuannya seperti mana kita ketahui kawasan Parlimen Bukit Gelugor adalah majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, dan kaum tersebut tidak fahami hudud, jadi ini adalah peluang terbaik untuk Pas menjelaskan pengertian hukum hudud terhadap masyarakat Cina.
“Kalau lihat dalam konteks muafakat PR pula, tidak salah sekiranya Pas dipilih sebagai calon di kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Untuk rekod, pada PRU13 lalu, Mat Sabu telah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.
Untuk itu, Mat Sabu tidak memegang mana-mana kerusi Parlimen lagi, oleh itu mengikut perkiraan Mat Sabu dikira layak untuk bertanding di Bukit Gelugor.
Dalam perkembangan yan sama, Ramesh turut menggesa agar kerusi Teluk Intan juga diberikan kepada Pas.
“Saya fikir ini adalah satu peluang terbaik, untuk Pas menjelaskan hudud di kawasan-kawasan tersebut (Teluk Intan), sekiranyanya calon di PRK tersebut dalam kalangan ahli Pas,” katanya lagi.
SPR menetapkan 25 Mei ini sebagai hari mengundi PRK Bukit Gelugor selepas ahli Parlimen kawasan itu, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.
Sementara, PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya dari DAP, Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger