Home » » MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar

MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar

Written By canang on Sabtu, 17 Mei 2014 | 5/17/2014 11:53:00 PTG

KUALA LUMPUR: Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
  
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
  
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
  
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
  
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
  
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
  
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
  
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
  
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak,  trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
  
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
  
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
  
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
  
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
  
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
  
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
  
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
  
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
  
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
  
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
  
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
  
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas
permukaan laut," katanya. - BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger