Home » » PENIPUAN MELALUI SMS

PENIPUAN MELALUI SMS

Written By canang on Selasa, 6 Mei 2014 | 5/06/2014 07:06:00 PTG

PENIPUAN MELALUI SMS
SCAM ALERT: Sindiket memperdayakan mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar secara rambang kepada pemilik telefon bimbit dengan menyatakan mereka berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada bank, syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.
Modus Operandi:
1. Sindiket menghantar khidmat pesanan ringkas mengatakan memenangi cabutan bertuah daripada sebuah bank.
2. Mangsa diarahkan untuk membuat panggilan kepada nombor telefon yang diberikan melalui pesanan ringkas tersebut.
3. Mangsa yang percaya kemudian menghubungi nombor talian berkenaan dan diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun yang diberi oleh sindiket sebagai wang deposit tuntutan hadiah.
4. Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas tuntutan hadiah tidak diperolehi dalam tempoh yang dijanjikan dan nombor talian yang digunakan oleh sindiket gagal dihubungi.
Nasihat polis:
1. Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka.
2. Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah.
3. Jangan mudah percaya dengan tawaran hadiah yang dihantar melalui SMS.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger