Home » » ULAMAK MUDA UMNO JANGAN JADI PELACUR AGAMA

ULAMAK MUDA UMNO JANGAN JADI PELACUR AGAMA

Written By canang on Selasa, 6 Mei 2014 | 5/06/2014 09:15:00 PTG

ULAMAK MUDA UMNO JANGAN JADI PELACUR AGAMA
Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya atas kenyataan songsang serta kebiadaban Mohd Radzi Othman yang juga merupakan Setiausaha Ulamak Muda UMNO.
Beliau yang telah menyamakan dan meletakkan taraf muslimah bertudung labuh dalam perhimpunan Bantah GST pada 1 Mei 2014 yang lalu seperti pelacur kelas atasan. Kenyataan itu sememangnya suatu fitnah ke atas kehormatan dan kesucian serta maruah keperibadian seorang Muslimah.
Muslimah yang melibatkan diri ke demonstrasi itu jelas berpakaian menutup aurat bertepatan dengan tuntutan Islam yang sudah cukup jelas lagi nyata perbezaannya jika hendak disamakan dengan pelacur yang menggadaikan agama dan maruah peribadi kewanitaannya.
Tindakan menyamakan peserta Demonstrasi Muslimah dengan perumpamaan sedemikian mengundang kemurkaan Allah SWT kerana ia umpama memfitnah sekumpulan wanita baik lagi suci dengan tuduhan yang melampau lagi bercanggah dengan syarak.
Muslimah atau Srikandi pada zaman Rasulullah SAW juga turut keluar berjihad di medan melibatkan perjuangan Islam, apatah lagi demonstrasi aman yang disertai muslimah dalam keadaan yang terjaga akhlak, terkawal pergaulan meskipun disaat padatan demonstran. Inilah hasil didikan tarbiyyah yang mendisiplinkan diri mereka dengan iman, Islam dan akhlak dimana sahaja mereka berada.
Namun pastinya ada laungan yang terbit dari mulut mereka, ini tidaklah merupakan aurat. Laungan takbir dan semangatan lain yang jika hendak ditimbangi pada neraca syarak sekalipun, ianya masih lagi dalam khilaf yang muktabar. Tetapi fitnah pelacur kelas atasan kepada muslimat yang menyahut seruan jihad menegur pemerintah adalah suatu yang jelas dosanya dan mengundang penyesalan diakhirat.
Kesongsangan Ulamak Muda UMNO ini jelas menggambarkan kefahaman amanah ilmu yang telah dibakulsampahkan dalam menilai saingan politik mereka. Jelas jika spesies semacam pelacur agama seperti ini yang akan disumbatkan dalam barisan ulama dalam Majlis Ulama UMNO yang telah diumumkan penubuhannya maka kita sudah tahu apakah peranan mereka.
Majlis Ulama UMNO itu letaknya bukan di bawah ketiak Pemuda tetapi dicelah lutut sahaja iaitu di bawah Akademi sahaja. Maka memang layak ulama UMNO dicerukdapurkan. Kedudukannya dah diperendahkan, bila bersuara sememangnya jelas memang rendah akhlak dan ilmunya.
Amat memalukan dikala Ketua Pemudanya YB Khairi mula bercakap mengenai hudud, ulama mudanya memfitnah muslimah yang merupakan pejuang hudud. Maka bertambahlah tugas YB Khairi yang bukan sahaja perlu mentarbiyyah MCA tetapi mensekolahkan ulama mudanya.
Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat dengan ini tetap dengan pendirian bahawa wanita samada bertudung labuh mahupun tidak, telah bersama turun berdemonstrasi aman memaparkan solidariti serta membantah kezaliman sistem terutamanya GST.
Adalah lebih baik jika Ulamak Muda UMNO menegur dan mentarbiyah wanita-wanita UMNO yang masih ramai terang terangan melanggar hukum Allah dengan membuka aurat sebagaimana ia wajib ditutup dengan sempurna berdasarkan surah an-Nur ayat 31 dan al-Ahzab ayat 32 supaya menjaga aurat.
Oleh itu, Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa saudara Mohd Radzi Othman Ulamak Muda UMNO bertanggungjawab dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam khususnya muslimah yang hadir pada demonstrasi tersebut serta mengakui akan kesilapan, selain memohon keampunan daripada Allah SWT sebelum ianya menjadi suatu sesalan yang tidak berbaloi diakhirat kelak.
“Rahmat Untuk Semua”
AZHAR BIN YAHYA
Timbalan Pengerusi,
Ulamak Pelapis,
Dewan Ulamak PAS Pusat.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger