Home » » Wanita boleh jadi MB tapi bukan Wan Azizah

Wanita boleh jadi MB tapi bukan Wan Azizah

Written By canang on Rabu, 16 Julai 2014 | 7/16/2014 01:11:00 PG

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tiada masalah wanita menjadi menteri besar atau perdana menteri.

Menurutnya, tugas menteri besar bukan sekadar mengiringi sultan untuk majlis keagamaan.

"Bagi saya secara peribadi, tiada masalah wanita menjadi menteri besar atau perdana menteri.

"Alasan tidak boleh iringi sultan untuk majlis keagamaan, tapi bukan itu saja tugas menteri besar.

"Menteri besar perlu menguruskan negeri. Itu cuma sebahagian kecil tugas MB," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun berhubung kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggalas jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, Khairy sempat menyatakan golongan wanita lebih daripada layak untuk jawatan menteri besar mahupun perdana menteri tetapi bukan Wan Azizah.

"Wanita lebih daripada layak untuk menteri besar atau perdana menteri. Tapi bukan wanita itu. Tapi terpulang pada PR," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Wan Azizah tidak sesuai untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan.

Mohd Hafarizam Harun berkata, walaupun tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita sebagai menteri besar ekoran wanita mengalami uzur syarie (haid) yang menyebabkan banyak halangan untuknya mengiringi sultan dalam acara keagamaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger