Home » » Perkasa rancang adakan solat hajat mohon kes liwat Anwar tidak ditangguh -

Perkasa rancang adakan solat hajat mohon kes liwat Anwar tidak ditangguh -

Written By canang on Ahad, 12 Oktober 2014 | 10/12/2014 11:11:00 PG


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) merancang mengadakan solat hajat bagi memohon agar kes perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangguhkan lagi, lapor Utusan Malaysia hari ini. Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan berlarutan itu menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantunya itu mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian. "Siapa salah, siapa benar, itu mahkamah yang menentukan cuma proses perbicaraan bagi menentukan keputusan itu terlalu lama, membuatkan Saiful mengalami tekanan mental dan jiwa," Ibrahim dipetik berkata.
Kes perbicaraan Anwar akan bersambung semula pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Rayuan. Ia dianggap peluang terakhir buat ketua umum PKR tersebut mengelak daripada berdepan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Ibrahim menganggap perbicaraan kes Anwar sebagai istimewa kerana mengambil masa yang panjang. "Kalau kita tengok kes-kes lain, penangguhannya tidak memakan masa sebegini lama. Maka kita harap mahkamah dapat menyelesaikan kes ini dalam prosiding akan datang dan ia tidak lagi tertangguh dengan pelbagai alasan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu. Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan mensabitkan Anwar bagi pertuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
 Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.
 the malaysianinsider
Share this article :

3 ulasan:

mr berkata...

manusia yg m'punyai hati busuk. dia ingat Allah nk makbulkan ke permohonan menganiayakan saudara seislam yg lain. Ya Allah, Kau berilah petunjuk kpd hambaMu yang jahil tu.

IbnAbdHalim berkata...

Semoga PERKASA dilaknati Allah! Amin!!!

Mabsby Zana berkata...

kalau benar apa yang di doakan nya termakbul...ia adalah secara kebetulan sahaja

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger