Home » » Fitnah 2: Saya tak percaya karpet ‘boleh terbang’ – Peguam Anwar

Fitnah 2: Saya tak percaya karpet ‘boleh terbang’ – Peguam Anwar

Written By canang on Khamis, 6 November 2014 | 11/06/2014 07:55:00 PTG

PUTRAJAYA 6 NOVEMBER: Ketua pasukan pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah, perlakuan liwat didakwa dilakukan atas permaidani di sebuah unit di kondominium di Damansara, tetapi permaidani tersebut di temui di unit lain.
Katanya, permaidani sutera China berkenaan dirampas daripada unit 11-5-2 oleh pegawai forensik polis, Supt Amidon Anan, sedangkan kejadian didakwa berlaku di unit 11-5-1.
“Berdasarkan ini, pelakuan meliwat tidak pernah berlaku,” katanya ketika hujah balas peguam dalam kes Fitnah 2 yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gopal berkata, polis juga merampas sehelai rambut di unit 11-5-1 tetapi permaidani dirampas di unit 11-5-2.
Menyentuh dakwaan pihak pendakwaan bahawa permaidani itu dipindahkan, Gopal berkata, “Tetapi saya tidak percaya dengan permaidani terbang.”
“Tiada bukti bahawa permaidani itu dipindahkan. Pemilik kondominium Hasanuddin tidak dipanggil,” tambahnya.
Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Saiful ditunjukkan dengan permaidani itu dan Gopal menjawab dia mengenal pastinya.
Gopal berkata, tiada bukti direkodkan bahawa permaidani itu dipindahkan ke unit lain, ketika ditanya berterusan oleh hakim-hakim.
Perkara itu, katanya, merosakkan kes pendakwaan.
“Tanpa permaidani, pendakwaan tidak dapat membuktikan.,” hujahnya, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu kemudian mempersoal kewibawaan Saiful yang menyatakan dia mengagumi Anwar.
Beliau  berkata, terdapat keterangan daripada saksi, Najwan Halimi yang menyebut Saiful biasa memuat naik gambar bersama pemimpin BN dan merujuk Anwar sebagai pemimpin munafik, sebelum didakwa diliwat.
Gopal berkata, Najwan juga terkejut melihat Saiful berkhidmat dengan Anwar ketika dia membenci perayu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63979
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger