Home » » Israel Larang Dr Mads Gilbert Masuk ke Gaza Seumur Hidup!!!

Israel Larang Dr Mads Gilbert Masuk ke Gaza Seumur Hidup!!!

Written By canang on Rabu, 19 November 2014 | 11/19/2014 07:59:00 PTG

Berita | Israel Larang Dr Mads Gilbert Masuk ke Gaza Seumur Hidup!!!
Kenalkah anda kepada Dr Mads Gilbert?
Bagi sesiapa yang biasa mengikuti perkembangan Gaza, anda pasti kenal dengan insan warganegara Norway ini. Beliau merupakan Dr pakar anestetik (bius) yang telah menunjukkan keberanian luar biasa memasuki Gaza dalam waktu perang untuk menyumbang kepakaran beliau.
Beliau pernah berkhidmat di Gaza ketika Perang Furqan (Operation Cast Lead) pada Disember 2008 - Januari 2009. Dalam Perang Asfim Ma'akul pada Julai-Ogos 2014, beliau telah menyabung nyawa untuk masuk ke Gaza dan berkhidmat di Hospital al-Shifa.
Kesungguhan beliau membela rakyat Palestin telah menjadi kebanggaan Norway sehingga kerajaan negara itu menganugerahkan beliau Pingat "Commander of the Order of St. Olav" pada 2013.
Bimbang dengan pengaruh yang dibawa oleh beliau, Israel telah bertindak melarang beliau untuk masuk semula ke Gaza seumur hidup! Tindakan Israel ini telah mendapat kecaman hebat kerajaan Norway.
Ketika ditanya oleh pihak media berhubung larangan ini, Gilbert mengatakan:
"Ini bukan tentang saya. Ini tentang Israel yang cuba menghalang rakyat Palestin daripada mendapat sokongan antarabangsa. Menghalang ahli perubatan profesional masuk ke Gaza adalah satu lagi hukuman berkelompok (collective punishment). Mereka mengepung Gaza dengan kasar dan kejam."
Sumber: Middle East Monitor, Maan News dan Haaretz.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger