Home » » UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan

UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan

Written By canang on Sabtu, 8 November 2014 | 11/08/2014 11:12:00 PTG

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak memadamkan lampu dan mengunci pintu pagar utamanya untuk menghentikan satu perhimpunan mahasiswa di kampus berkenaan pada malam tadi.

Akibatnya, beratus-ratus pelajar terpaksa berhimpun di luar kampus di bawah pengawasan pihak keselamatan kampus dan polis.

Menurut presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, UIA memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat bagi menghalang Fahmi dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari daripada berucap.

Menurut Fahmi, arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, Datuk Dr Mizan Hitam kerana perhimpunan tersebut menampikan beliau dan juga Aziz Bari.

Sementara itu, dalam satu kiriman emel kepada Malaysiakini, Aziz memberitahu bahawa beliau dihalang masuk ke kampus di Gombak, Selangor itu atas alasan "keselamatan".

"Mizan Hitam beritahu kami, Fahmi Zainol dan Abdul Aziz Bari tidak dibenarkan masuk kampus,” kata Fahmi yang merupakan penganjur bersama program itu ketika dihubungi.

"Saya tiba di kampus sekitar jam 9.30 malam dan tidak dibenar masuk oleh pihak keselamatan yang memetik alasan keselamatan.

"Saya dikelilingi pihak keselamatan, termasuklah polis dan terpaksa beredar," katanya.
MALAYSIAKINI
Share this article :

1 ulasan:

MrXYZ berkata...

nama aje ada Islam tp pentadbiran munafiq! kamu nak keluarkan graduan yg bisu tak tau berfikir yg jadi barua kezaliman?

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger