Home » » Saudi risau ramai wanita tak kahwin

Saudi risau ramai wanita tak kahwin

Written By canang on Rabu, 21 Januari 2015 | 1/21/2015 10:26:00 PTG

Manama: Penduduk Arab Saudi menggesa diadakan penyelesaian radikal bagi menangani fenomena wanita negara itu yang tidak berkahwin yang jumlahnya semakin meningkat. Kembimbangan terbaru itu disuarakan oleh pengerusi Persatuan Penjagaan Keluarga Wiam, Mohammad Al Abdul Qadir. Sekurang-kurangnya 1.5 juta wanita Saudi berusia lebih 30 tahun masih tidak berkahwin ketika ini.
 Jumlah itu mewakili 33.4 peratus bilangan wanita negara itu, katanya. “Kita perlu merangka wawasan baru untuk keluarga Saudi bagi 10 tahun akan datang. Kita perlu mencari penyelesaian berdasarkan penggabungan nilai perpaduan keluarga bagi menghadapi beberapa fenomena khususnya anak dara tua,” katanya. Beberapa aktivis wanita berkata, jumlah wanita tidak berkahwin itu lebih tinggi, dua juta orang. “Jumlahnya amat besar dan membimbangkan. Ia membayangkan bencana sosial boleh berlaku jika tiada penyelesaian radikal untuk mengatasi fenomena ini,” kata aktivis berkenaan.
 Beberapa wanita Saudi bagaimanapun enggan mengkategorikan anak dara tua sebagai fenomena bahaya dengan berkata ramai wanita memilih untuk tidak berkahwin kerana mereka memang ingin membujang. “Terdapat dalam kalangan mereka yang enggan berkahwin kerana sebab tertentu dan ada yang memilih untuk berjaya dalam hidup daripada mendirikan rumah tangga,” kata mereka.- Agensi -Hmetro
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger