Home » » Altantuya buat laporan polis sebelum dibunuh, kata bekas IGP

Altantuya buat laporan polis sebelum dibunuh, kata bekas IGP

Written By canang on Sabtu, 18 April 2015 | 4/18/2015 01:50:00 PTG



Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pasukan itu membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Menurutnya, polis boleh menyoal individu yang melakukan jenayah berkenaan bagi mengenalpasti motif tersebut.
Menurutnya, motif pembunuhan itu sepatutnya muncul semasa persidangan mahkamah lagi.
“Mereka sepatutnya mendedahkan (motif) di mahkamah semasa perbicaraan. Kalau begitu, tanya orang yang melakukannya,” katanya di Twitter.
Beliau menjawab pertanyaan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @salahdinMY.
Terdahulu, Musa berkata bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan kesalahan atas persoalan yang dibangkitkan.
“Harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun,” katanya.
Musa mengetuai pasukan polis ketika kes pembunuhan Altantuya berlaku pada tahun 2006.
Tegasnya, siasatan pasukannya sebelum ini tidak menunjukkan Najib terlibat.
“Siasatan tidak tunjuk keterangan Najib terlibat. Itu sebab tiga orang dituduh,” katanya.
Beliau turut menekankan fakta kes bahawa Altantuya telah membuat laporan polis sebelum dibunuh. – Read more source Malaysiakini 
Lihat video: Kisah pada malam Altantuya dibunuh!!!
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger