Home » » Kes qazaf: Mahkamah benar permohonan Anwar

Kes qazaf: Mahkamah benar permohonan Anwar

Written By canang on Isnin, 27 April 2015 | 4/27/2015 08:14:00 PTG

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tidak dibenarkan daripada mewakili tiga responden dalam dua kes rayuan qazaf.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh membuat keputusan itu sebulat suara bersama Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun.

Tiga pihak selaku responden iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; bekas ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Notis penarikan diri difailkan Zainul Rijal berikutan Anwar mengemukakan permohonan pada 18 Ogos 2011 untuk menghalangnya daripada mewakili responden.SH

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes qazaf Anwar: Peguam tarik diri]
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger