Kota Bharu: Seorang lelaki nekad menyamar sebagai muslimat dan mengenakan sepersalinan lengkap telekung untuk mencuri sebelum kegiatannya dihidu jemaah masjid.
Kejadian berlaku Ahad lalu ketika jemaah sebuah masjid di Jalan Telipot, di sini, sedang solat Subuh.
Insiden itu tersebar dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan wajah suspek apabila dicekup jemaah masjid.
Seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu yang enggan dikenali berkata, suspek berusia 26 tahun sebelum itu dilihat masuk ke kawasan masjid dalam keadaan mencurigakan bersama satu set telekung di tangannya. “Ketika itu sudah hampir solat dan kami masing-masing bersiap untuk menunaikan ibadah. Hanya selepas solat jemaah jam 6.15 pagi, ada muslimat nampak suspek yang kelihatan pelik berada di saf wanita dan segera mengadu. “Dalam masa sama, beberapa AJK menyemak rakaman kamera litar tertutup dan mendapati suspek mencurigakan serta memaklumkan kepada pengawal keselamatan untuk menangkapnya.
“Dia segera ditahan dan ketika ditanya, dia mendakwa tiada niat mencuri, sebaliknya memberikan alasan melarikan diri daripada jadual tugas sebagai pengawal keselamatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, polis tiba tidak lama kemudian sebelum membawa suspek ke balai polis. Katanya, suspek ke masjid dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan pemeriksaan mendapati tiada barang dalam masjid yang hilang. “Mungkin dia ada rancang sesuatu, tetapi tindakannya hanya memakan diri sendiri.
“Sebelum ini pernah berlaku kecurian apabila suspek menyamar jadi muslimat dengan memakai telekung dan kemudian melarikan beg tangan wanita,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53770#sthash.V8QRMml7.dpuf

Tiada ulasan:
Catat Ulasan